BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
- MENEROKA
DAN MENGKLASIFIKASIKAN CAKERA PADAT
- MEMILIH
CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
- MENGGUNAKAN
CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN
PENGENALAN
Cakera
padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan
untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
MENEROKA
DAN MENGKLASIFIKASI CAKERA PADAT
Cakera
padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya
ialah:
MEMAHAMI
CAKERA PADAT CD DAN DVD
CD
dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera
padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera
padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke
dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan
digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana
data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail,
audio, atau video untuk kegunaan komputer.
BAGAIMANA
CAKERA PADAT MENYIMPAN DATA?
Data
ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang
dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah
bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan
lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari
1.
Pembacaan
data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan
cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada
cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera
akan membacanya sebagai binari 0.
Dianggarkan
terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini
disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6
kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu
mm panjang.
PERBEZAAN
CD DAN DVD
Perbezaan
ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung
kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek
yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar
data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke
700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung
kepada jenis format.
Sepertimana
cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat
menerima apa-apa data.
MEMILIH
CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Cakera
padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku
teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk
mempelajari bahasa Melayu.
Selain
itu, cakera padat yang boleh digunakan ialah:
i.
Puisi tradisional dan kesusasteraan
ii.
Latihan dan soalan bahasa Melayu
MENGGUNAKAN
CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN
Keselamatan
ICT sekolah
1.
Empat aspek
- Tanggungjawab
- Keselamatan
fizikal
- Keselamatan
sistem
- Keselamatan
data
Peranan
dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan kerajaan sebagai pegawai
maklumat karajaan.
Keselamatan
fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga
keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti gril,
kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api.
Keselamatan
sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian aplikasi
yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerohohan. Antara
tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah pemasangan perisian
antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada internet oleh
pengguna.
Keselamatan
data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan akses
maklumat, misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang boleh akses data pelajar
dalam pelayan, dokumen sulit yang disimpan dalam disket hanya boleh diakses
dengan kata laluan.
Penggunaan
cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran
bahasa Melayu.
AKTIVITI
|
JENIS
CAKERA
|
KESUSASTERAAN
|
· Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen
pendek.
|
TATABAHASA
|
· Cakera latihan tatabahasa
|
PENJAGAAN
CAKERA LIUT
- jangan
sentuh bahagian cekera yang terdedah
- jangan
letak benda berat di atasnya
- jauhi
daripada makanan, minuman, debu dan asap
- jauhi
daripada medan magnet
- jauhi
daripada kepanasan dan kesejukan yang ekstrim
- masukkan
disket dengan cermat ke dalam pemacu cakera
- selalu
simpan disket dalam kotak apabila tidak diguna
No comments:
Post a Comment