Friday, 7 September 2012

MINGGU 11


Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video


Pengenalan



Telesidang atau sidang video merupakan satu sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video bukan satu alat atau cara yang baru tetapi ianya sudah lama diamalkan dalam sistem pendidikan negara kita. Telesidang ini amat sesuai bagi melaksaanakan Pendidikan Jarak Jauh. Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan sidang video:


Jenis Persidangan Video

i. Banyak ke banyak
ii. Satu ke banyak
iii. Satu ke satu 

Transmisi Sidang Video

Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu :
i. Cekup (capture)
a. Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
b. Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.

ii. Mampat 
a. Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
b. Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.

iii. Siar 
a. Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
b. Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.

Kebaikan menggunakan Sidang Video

i. Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
ii. Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagian hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.
iii. Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
iv. Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
v. Mempertingkatkan komunikasi.
vi. Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.


Kelemahan menggunakan Sidang Video

i. Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
ii. Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.

Mengadakan Sidang Video untuk mengajarkan kemahiran mendegar, bertutur, membaca dan menulis


Langkah 1
• Meyediakan bahan pengajaran seperti power point

Langkah 2

• Menyediakan papan layar supaya murid dapat melihat dengan jelas
• Meyediakan pembesar suara supaya suara kedengaran dengan jelas

Langkah 3

• Memastikan murid dalam keadaan terkawal

Langkah 4

• Memulakan pengajaran mengikut tahap kemahiran
o Kemahiran mendengar dan bertutur : bersoal jawab
o Kemahiran membaca : membaca petikan di papan layar
o Kemahran menulis : memb
uat latihan

No comments:

Post a Comment