Friday 7 September 2012

Rancangan Pengajaran Harian

TEMA
KEBUDAYAAN
TAJUK
Kuih Oh Kuih!



FOKUS UTAMA

Standard Kandungan

2.6

Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.


Standard Pembelajaran

2.6.1

Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelaancaran bacaan


FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan

1.4

Bertutur,berbual,dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila

Standard Pembelajaran

1.4.4

Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.


OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran , murid dapat :

i.              Membaca bahan untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bahasa.

ii.            Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dan secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal


PENGISIAN KURIKULUM

i.              Ilmu : Kajian Tempaatan
ii.            Nilai : Rajin , keyakinan diri , kerjasama

KBT  : Kecerdasan Pelbagai , Kontekstual

EMK  : Kreativiti dan Inovasi


SISTEM BAHASA

Tatabahasa  : kata nama kerja

Kosa kata     : koci , lempeng , keria ,baulu , tepung pelita , kuih lapis ,
                       Apam .


MEDIA

Kad perkataan , kad gambar , video



AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

SET INDUKSI

1.    Guru mempamerkan video tentang kuih

2.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang kuih yang terdapat dalam video.

Contoh soalan :

·         Pernahkah murid makan kuih yang terdapat dlam video ?
·         Apakah nama kuih yang diketahui oleh murid ?
·          



Ilmu :

Nilai : menghargai

EMK : Kreativiti dan
           inovasi


LANGKAH 1

1.    Guru mempamerkan  seni kata lagu  ‘ Kuih Tradisional ‘

2.    Guru meminta murid menyebut nama – nama kuih yang disebutkan dalam seni kata lagu tersebut sambil mempamerkan kad gambar kuih tersebut.

3.    Guru mencatatkan nama – nama yang telah disebutkan oleh murid dan membimbing murid menyatakan cara kuih dimasak sama ada goreng , rebus , bakar , atau kukus .

Ilmu – Pend. Muzik

Nilai – rajin

EMK : Kreativiti dan 
           inovasi



Seni kata lagu










Latihan cara kuih dimasak

Langkah 2

1.    Guru membimbing murid membaca seni kata lagu yang dipaparkan.

2.    Murid membaca seni kata lagu
-       Secara individu
-       Secara kumpulan

3.    Guru membimbing murid menyanyikan lagu.

4.    Murid diminta membaca nama – nama kuih dan menkategorikannya dalam kumpulan kuih manis dan kuih pedas .




Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Keyakinan diri

EMK : Kreativiti dan
           inovasi




Latihan rasa kuih












Langkah 3

1.    Murid membaca semula nama – nama kuih dalam seni kata lagu yang dipaparkan oleh guru.

2.    Murid dalam kumpulan kecil berbincang dan memikirkan cara mengubah suai rasa atau bentuk kuih mengikut keativiti mereka.

3.    Murid membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.



Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Keyakinan diri

EMK: Kreativiti dan

         Inovasi


Langkah 4

Pentaksiran

1.    Murid membaca dialog yang disediakan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2.    Murid mencari makna perkataan yang berwarna



Pemulihan

1.    Guru membimbing murid membaca dan mengeja nama – nama kuih.


Pengayaan

1.    Murid – murid membaca frasa – frasa yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi.

2.    Murid menkategorikan cara – cara kuih dimasak.





Ilmu  : Kajian Tempatan

Nilai  : Keyakinan diri

KBT  : BCB

KB    : menjana idea


















Kad perkataan

Kad gambar



Pengayaan

Penutup

·         Murid menyanyikan lagu
semula dengan gerakan 
      bebas


               




Refleksi Guru Pelatih :  
..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................  

Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………..……………………………………………………………………………………………………………………………………………..






MINGGU 15

Seminar Dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Dekad Kini Dan Mendatang


SEMINAR
  • Merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesional.
  • Perkataan seminar berasal dari kata Latin ‘seminarum’, yang bermaksud "tanah tempat menanam benih".
  • Sebuah seminar biasanya mempunyai fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir boleh menyertai secara aktif.
  • Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah persembahan hasil kajian dalam bentuk yang lebih formal.
  • Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang dibincangkan (di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan untuk pelajar yang telah mencapai tingkatan atas).
  • Sistem seminar mempunyai idea untuk lebih mendekatkan pelajar kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar dilakukan juga soalan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih formal berbanding sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.


PAMERAN
  • Pengertian Pameran
    • Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas.
  • Jenis-jenis Pameran:
    • Pameran Tetap (Permanent Exhibition)
    • Pameran Sementara (Temporary Exhibition)
    • Pameran Keliling (Traveling Exhibition
  • Salah satu cara untuk menggalakkan penerbitan hasil penulisan para pelajar dan memberi peluang kepada pelajar lain untuk membaca bahan tersebut.
  • Pelajar dilatih supaya dapat mencapai kualiti penulisan yang diiktiraf oleh guru dan pelajar lain bagi menerbitkan bacaan umum.
  • Guru perlu mengadakan sesi pameran ini bagi setiap bahan bermutu yang ingin dikemukakan kepada pihak penerbi

MINGGU 14



 BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

  1. MENEROKA DAN MENGKLASIFIKASIKAN CAKERA PADAT
  2. MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  3. MENGGUNAKAN CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN

PENGENALAN
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

MENEROKA DAN MENGKLASIFIKASI CAKERA PADAT
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:


MEMAHAMI CAKERA PADAT CD DAN DVD

CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.

BAGAIMANA CAKERA PADAT MENYIMPAN DATA?

Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.

PERBEZAAN CD DAN DVD

Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.
Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.

MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu.
Selain itu, cakera padat yang boleh digunakan ialah:
i. Puisi tradisional dan kesusasteraan
ii. Latihan dan soalan bahasa Melayu

MENGGUNAKAN CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN

Keselamatan ICT sekolah
1. Empat aspek
  • Tanggungjawab
  • Keselamatan fizikal
  • Keselamatan sistem
  • Keselamatan data

Peranan dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan kerajaan sebagai pegawai maklumat karajaan.
Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api.
Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerohohan. Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah pemasangan perisian antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada internet oleh pengguna.
Keselamatan data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan akses maklumat, misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang boleh akses data pelajar dalam pelayan, dokumen sulit yang disimpan dalam disket hanya boleh diakses dengan kata laluan.

Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.
AKTIVITI
JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
  · Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.
TATABAHASA
  · Cakera latihan tatabahasa



PENJAGAAN CAKERA LIUT

  • jangan sentuh bahagian cekera yang terdedah
  • jangan letak benda berat di atasnya
  • jauhi daripada makanan, minuman, debu dan asap
  • jauhi daripada medan magnet
  • jauhi daripada kepanasan dan kesejukan yang ekstrim
  • masukkan disket dengan cermat ke dalam pemacu cakera
  • selalu simpan disket dalam kotak apabila tidak diguna

MINGGU 13

Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan 
Pengajaran Bahasa Melayu


Pengenalan
  • Penggunaan animasi dalam sesuatu pengajaran mampu menarik minat pelajar. Penggunaan animasi ini berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik dan pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran yang guru ajarkan. 

Animasi
  • Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik. 

Bentuk Animasi
Dua Dimensi - 2D
Tiga Dimensi - 3D
Kesan Khas


Jenis-jenis animasi 

Animasi Cel
i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik

Animasi Komputer
i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect

Morphing
i. Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak

Format penghasilan Animasi
  • Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR). 

Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet 

Cara untuk memuat turun animasi
  • Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah menggunakan sebuah software yang bernama Save Flahs. Dapat didownlaoad di http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save flash full". 
  • Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk. 



Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.
Power Points
  • Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:
      (i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation
(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.





( (ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :
Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint