Monday 27 August 2012

MINGGU 9


MINGGU 9: MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWS LETTER, DAN KAD PENGUMUMAN

PENGENALAN
  • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.

APAKAH ITU MENGEDIT BAHAN ATAS TALIAN?
  • Mengedit bahan pengajaran atas talian bermaksud menggunakan perisian yang terdapat dalam internet untuk mengedit bahan pengajaran guru. Terdapat pelbagai perisian dalam internet. Antaranya ialah :


 PROSEDUR PENGEDITAN
Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.
i. Mengetahui URL perisian pengeditan
• Tempat pengeditan bahan boleh dijalankan
ii. Mendaftar terlebih dahulu
• Sebagai menerima terma dan syarat syarikat pengendali perisian
iii. Memilih bahan yang sesuai
• Mendapatkan bahan yang sesuai untuk dimasukkan dalam perisian atas talian
iv. Mengedit bahan atas talian
• Memulakan pengeditan bahan atas talian

PRINSIP PENGEDITAN BAHAN ATAS TALIAN
i. Bahan yang digunakan bersesuaian
ii. Tidak melanggar terma dan syarat perisian
iii. Bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran

LANGKAH-LANGKAHNYA MENGEDIT BAHAN ATAS TALIAN MENGGUNA BROCHUREMAKER
Langkah 1 & 2


Langkah 3


Langkah 4


Langkah 5


Langkah 6



Langkah 7



Langkah 8


Langkah 9


MINGGU 8



Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Dan Luar Talian Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan

Pengenalan
  • Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet .
  • Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
  • Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.



(i) Dapat mengakses bahan dengan cepat

(ii) Kepelbagaian bahan di internet
(iii) Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan.
Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian ialah: 


 

Melaksanakan simulasi pengajaran atas talian

Set Induksi
 












Langkah 1

 


Langkah 2
 

Langkah 3

 
 
Melaksana Simulasi Pengajaran Atas Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran.
LANGKAH
PERKARA
Langkah 1
Guru mengadakan ulangkaji tatabahasa kepada murid
Langkah 2
Mencari soalan di internet
Langkah 3
Guru bersoal jawab dengan murid dan murid melakukan
perbincangan bersama rakan berkaitan soalan yang telah dijawab
Langkah 4
Mengadakan latihan berkumpulan mencari maklumat mengenai tatabahasa untuk dibuat karangan

MINGGU 7



Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Model Pemprosesan Maklumat 'The Information Processing Model' bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak. Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.


Prinsip-Prinsip Utama Model Pemprosesan Maklumat
1. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat 
2. Pengaliran maklumat dua hala 
3. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan,  penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. 
4. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat. 

Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat

a) Pengenkodan (Encoding)


  • Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

b) Penyimpanan (Storage)

  • Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.

c) Mengingat Kembali (Retrieval)
  • Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

d) Lupaan (Forgetting)
  • Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.
  • Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention').
  • Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka pendek.


e) Ingatan Jangka Pendek (Short Term Memory)

  • Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. 
  • Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
  • Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. 
  • Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. 
  • Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

f) Ingatan Jangka Panjang (Long Term Memory)
  • Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. 
  • Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang.
  • Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali

MINGGU 6



Membina Dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan Dalam Penyusunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

STRUKTUR PERPAUTAN
1. Struktur Linear 
2. Struktur Hierarki 
3. Struktur Rangkaian 
4. Struktur Komposit 

1. STRUKTUR LINEAR
  • Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja. 

2. STRUKTUR HIERARKI
  • Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
  • Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik. 

3. SISTEM RANGKAIAN
  • Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.
  • Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel 

4. STRUKTUR KOMPOSIT
  • Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
  • Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian

MINGGU 5



Membina dan menggunakan tapak, laman web pembelajaran dan pakej   tutorial pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

LANGKAH 1
  • Anda hendaklah mendapatkan tapak/web untuk membina laman. Tapak laman percuma banyak didapati dan anda boleh memilih mana-mana tapak yang anda suka atau inginkan.
LANGKAH 2
  • Setelah memperolehi tapak laman, anda perlukan tutorial HTML bagi membuat laman/homepage dengan menggunakan tag HTML.
  • Penguasaan kadeah HTML akan memberikan lebih daya kreativiti pada laman anda.
  • Terdapat banyak tutorial di dalam internet,anda boleh memilih mana-mana tutorial yang anda kehendaki.
LANGKAH 3
  • Warna adalah satu keperluan. Warna dalam laman menggunakan kod tersendiri(hex),jadi untuk memudahkan anda memilih warna sama ada untuk latarbelakang, jadual, frames dan sebagainya,anda boleh memilih laman yang anda gemari
LANGKAH 4
  • Laman anda memerlukan beberapa sisipan tambahan seperti CGI dan Java Scripts - Counters(pembilang), Guestbooks(Buku Pelawat), Mail To Forms, dan sebagainya.
LANGKAH 5
  • Tidak lengkap jika laman yang dibina tidak dimasukkan latarbelakang(backgrounds),Bullet,Icons dan sebagainya. Anda boleh mencuba laman-laman berikut untuk memperoleh latar belakang(backgrounds),Bullet,Icons, sama ada untuk laman personal, syarikat atau anak-anak.
LANGKAH 6
  • Memasukkan lagu(muzik)latar seperti memberi mood kepada laman anda apabila dikunjungi.Jika anda berhasrat untuk memasukkan muzik latar.
LANGKAH TERAKHIR 
  • Apabila anda berjaya menyiapkan laman anda,langkah seterusnya anda lakukan ialah mengiklankan laman ke semua enjin pencari(search engine) seperti yang saya senaraikan di bawah ini.Tujuannya supaya laman(homepage)anda akan mudah ditemui oleh pengguna enjin pencari dan seterusnya melawat laman anda!



Sunday 26 August 2012

MINGGU 4


MINGGU 4:

PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
1.Bahan sastera
2.Bahan tatabahasa
3.Bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Memilih Bahan Sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu.

Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti: Syair Pantun Seloka Gurindam Puisi Cerita Pendek

Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti: i. Intelek ii. Emosi iii. Imaginasi iv. Teknik Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah: Pemilihan bahan tatabahasa

Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH.

Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa Jenis-jenis tatabahasa Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web ·http://tatabahasabm.tripod.com/tata/

Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya.Jenis-jenis tatabahasa Kata nama Kata Hubung Kata kerja Kata sendi nama Kata nama khas .

MINGGU 3


MINGGU 3

APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
·         Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
·         Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam brosur dan Powerpoint

Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet


      ETIKA  KOMPUTER

Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat


MASALAH MORAL DAN ETIKA

Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
·         Penggertak
·         Penyalahgunaan internet
·         Virus
·         Hak cipta
·         Perisian cetak Rompak
·          
Penggertak:
·         Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan

·         Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan

Penyalahgunaan internet
·         Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus
·         Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian komputer.

Hak cipta terpelihara
·         Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu

Perisian cetak rompak:
·         Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

PRINSIP ETIKA KOMPUTER

·         Keseimbangan
·         keizinan temaklum
·         keadilan
·         Meminimumkan risiko


 PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT

a.    Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
b.    Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
c.    Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
d.    Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
e.    Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
f.     Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
g.    Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
h.    Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
i.      Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
j.      Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.