Membina Bahan Video dan Audio Untuk
Pengajaran
Kemahiran Bahasa
Melayu
Pengenalan
Memasukkan
unsur video di dalam sesebuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara
yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Pelbagai teknik, kaedah serta
teknologi boleh digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut:
i.
Secara terus dengan menggunakan video digital
ii. Tetingkap video digunakan untuk menayangkan
video dari cakera laser atau pemain pita video.
iii. Tetingkap video menayangkan siaran TV
secara terus dengan bantuan kad pendigital video yang sesuai.
Bentuk video
Analog
- Video analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenli oleh komputer – ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaiut kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bermagnet)
Digital
- Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan
Audio
- Audio merupakan bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
- Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan
audio
i. Kandungan
maklumat
• Bahan atau maklumat yang berkualiti
yang ingin disampaikan
ii.
Carrier/kandungan
• mengasingkan carrier, iaitu bahan
fizikal (fizikal filem, cakera atau pita) dari karya (work), kandungan (content)
atau rakaman (bunyi dan/atau imej yang dimasukkan secara bersama di dalamnya)
bagi memastikan kelangsungan hayat kandungannya dan kehilangan maklumat yang
paling minimum.
iii. Nilai
estetika kandungannya
• Harus ada nilai estetikanya untuk nilai
audiovisual dan boleh menarik minat pengguna
iv.
Kualiti
• Kualiti imej dan/atau bunyi perlulah dijaga
sebaik mungkin.
v. Kelangsungan
hayat
• Bahan yang dibina mampu bertahan lama da n
mudah dipelihara agar dapat diakses dalam jangka masa panjang.
vi.
Pendokumentasian
• Pendokumentasian secara terperinci perlu
dilakukan terhadap proses perolehan, penyimpanan, pemeliharaan dan pengaksesan
bahan audiovisual.
Prinsip
pembinaan video pengajaran dan pembelajaran bahasa
melayu
Pendedahan kepada garis panduan dan
prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima
elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido
dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses
komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
I.penggunaan elemen teks
II.penggunaan elemen grafik dan
visual
III.penggunaan elemen audio
IV.penggunaan elemen video
V.Penggunaan elemen animasi
Penggunaan elemen
teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks
adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang
jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki.
Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
• Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi
padat.
• Gunakan typeface dan fon yang
bersesuaian.
• Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang
sesuai
• Pemilihan jenis tulisan dan warna teks
bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana
persembahan.
• Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada
sistem komputer lain.
Penggunaan elemen
grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej
atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto,
ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi
memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
i. Pilih grafik yang bersesuaian dengan
kumpulan sasaran.
ii. Pilih grafik yang tidak menyentuh
sensitiviti kaum atau agama.
iii. Pilih kategori grafik yang sesuai dengan
keperluan tugas.
iv. Pilih kedalaman warna yang bersesuaian
dengan keperluan aplikasi.
v. Gunakan spesifikasi grafik yang boleh
digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah.
vi. Hanya maklumat penting yang diisi di dalam
grafik ini.
Menggunakan perisian audio untuk pengajaran
kemahiran mendengar, bertutur dan membaca
Perisian Audio
• Untuk rakaman suara mahupun penghasilan
elemen audio seperti muzik, kesan khas dan lain-lain.
• Rakaman audio yang asas - perisian Sound
Recorder (sedia ada dalam Microsoft Windows)
• Menyediakan kemudahan - merakam audio dan
beberapa kesan khas juga boleh ditambahkan kepadanya.
No comments:
Post a Comment