Monday, 17 September 2012
Friday, 7 September 2012
Rancangan Pengajaran Harian
TEMA
|
KEBUDAYAAN
|
TAJUK
|
Kuih Oh Kuih!
|
FOKUS UTAMA
|
Standard Kandungan
|
2.6
|
Membaca pelbagai bahan
sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
|
Standard Pembelajaran
|
2.6.1
|
Membaca pelbagai bahan
kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelaancaran
bacaan
|
|
FOKUS
SAMPINGAN
|
Standard Kandungan
|
1.4
|
Bertutur,berbual,dan
menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai dalam situasi
formal dan tidak formal secara bertatasusila
|
Standard Pembelajaran
|
1.4.4
|
Bertutur
dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara
dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
|
|
OBJEKTIF
|
Pada
akhir pengajaran , murid dapat :
i.
Membaca bahan untuk menambah kosa kata dan meningkatkan
kelancaran bahasa.
ii.
Menyatakan permintaan dengan intonasi yang
betul dan secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak
formal
|
||
PENGISIAN
KURIKULUM
|
i.
Ilmu : Kajian Tempaatan
ii.
Nilai : Rajin , keyakinan diri , kerjasama
KBT : Kecerdasan Pelbagai , Kontekstual
EMK : Kreativiti dan Inovasi
|
||
SISTEM
BAHASA
|
Tatabahasa : kata nama kerja
Kosa kata :
koci , lempeng , keria ,baulu , tepung pelita , kuih lapis ,
Apam .
|
||
MEDIA
|
Kad
perkataan , kad gambar , video
|
AKTIVITI
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
CATATAN
|
SET
INDUKSI
1.
Guru mempamerkan video tentang kuih
2.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang
kuih yang terdapat dalam video.
Contoh soalan :
·
Pernahkah murid makan kuih yang terdapat
dlam video ?
·
Apakah nama kuih yang diketahui oleh murid
?
·
|
Ilmu
:
Nilai
: menghargai
EMK
: Kreativiti dan
inovasi
|
|
LANGKAH
1
1. Guru
mempamerkan seni kata lagu ‘ Kuih Tradisional ‘
2.
Guru meminta murid menyebut nama – nama
kuih yang disebutkan dalam seni kata lagu tersebut sambil mempamerkan kad
gambar kuih tersebut.
3.
Guru mencatatkan nama – nama yang telah
disebutkan oleh murid dan membimbing murid menyatakan cara kuih dimasak sama
ada goreng , rebus , bakar , atau kukus .
|
Ilmu
– Pend. Muzik
Nilai
– rajin
EMK
: Kreativiti dan
inovasi
|
Seni
kata lagu
Latihan
cara kuih dimasak
|
Langkah
2
1.
Guru membimbing murid membaca seni kata
lagu yang dipaparkan.
2.
Murid membaca seni kata lagu
- Secara
individu
- Secara
kumpulan
3.
Guru membimbing murid menyanyikan lagu.
4.
Murid diminta membaca nama – nama kuih dan
menkategorikannya dalam kumpulan kuih manis dan kuih pedas .
|
Ilmu
: Kajian Tempatan
Nilai
: Keyakinan diri
EMK
: Kreativiti dan
inovasi
|
Latihan
rasa kuih
|
Langkah
3
1.
Murid membaca semula nama – nama kuih dalam
seni kata lagu yang dipaparkan oleh guru.
2.
Murid dalam kumpulan kecil berbincang dan
memikirkan cara mengubah suai rasa atau bentuk kuih mengikut keativiti
mereka.
3.
Murid membentangkan hasil kerja kumpulan
mereka.
|
Ilmu
: Kajian Tempatan
Nilai
: Keyakinan diri
EMK: Kreativiti dan
Inovasi
|
|
Langkah
4
Pentaksiran
1.
Murid membaca dialog yang disediakan dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
2.
Murid mencari makna perkataan yang berwarna
Pemulihan
1. Guru
membimbing murid membaca dan mengeja nama – nama kuih.
Pengayaan
1.
Murid – murid membaca frasa – frasa yang
terdapat dalam lembaran kerja yang diberi.
2.
Murid menkategorikan cara – cara kuih
dimasak.
|
Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Keyakinan diri
KBT : BCB
KB : menjana idea
|
Kad
perkataan
Kad
gambar
Pengayaan
|
Penutup
·
Murid menyanyikan lagu
semula dengan gerakan
bebas
|
|
|
Refleksi Guru Pelatih
:
..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Catatan Pensyarah/
Guru Pembimbing :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………..……………………………………………………………………………………………………………………………………………..
MINGGU 15
Seminar Dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Dekad
Kini Dan Mendatang
SEMINAR
- Merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesional.
- Perkataan seminar berasal dari kata Latin ‘seminarum’, yang bermaksud "tanah tempat menanam benih".
- Sebuah seminar biasanya mempunyai fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir boleh menyertai secara aktif.
- Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah persembahan hasil kajian dalam bentuk yang lebih formal.
- Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang dibincangkan (di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan untuk pelajar yang telah mencapai tingkatan atas).
- Sistem seminar mempunyai idea untuk lebih mendekatkan pelajar kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar dilakukan juga soalan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih formal berbanding sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.
PAMERAN
-
Pengertian Pameran
- Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas.
-
Jenis-jenis Pameran:
- Pameran Tetap (Permanent Exhibition)
- Pameran Sementara (Temporary Exhibition)
- Pameran Keliling (Traveling Exhibition
- Salah satu cara untuk menggalakkan penerbitan hasil penulisan para pelajar dan memberi peluang kepada pelajar lain untuk membaca bahan tersebut.
- Pelajar dilatih supaya dapat mencapai kualiti penulisan yang diiktiraf oleh guru dan pelajar lain bagi menerbitkan bacaan umum.
- Guru perlu mengadakan sesi pameran ini bagi setiap bahan bermutu yang ingin dikemukakan kepada pihak penerbi
MINGGU 14
BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
- MENEROKA
DAN MENGKLASIFIKASIKAN CAKERA PADAT
- MEMILIH
CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
- MENGGUNAKAN
CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN
PENGENALAN
Cakera
padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan
untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
MENEROKA
DAN MENGKLASIFIKASI CAKERA PADAT
Cakera
padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya
ialah:
MEMAHAMI
CAKERA PADAT CD DAN DVD
CD
dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera
padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera
padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke
dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan
digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana
data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail,
audio, atau video untuk kegunaan komputer.
BAGAIMANA
CAKERA PADAT MENYIMPAN DATA?
Data
ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang
dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah
bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan
lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari
1.
Pembacaan
data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan
cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada
cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera
akan membacanya sebagai binari 0.
Dianggarkan
terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini
disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6
kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu
mm panjang.
PERBEZAAN
CD DAN DVD
Perbezaan
ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung
kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek
yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar
data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke
700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung
kepada jenis format.
Sepertimana
cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat
menerima apa-apa data.
MEMILIH
CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Cakera
padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku
teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk
mempelajari bahasa Melayu.
Selain
itu, cakera padat yang boleh digunakan ialah:
i.
Puisi tradisional dan kesusasteraan
ii.
Latihan dan soalan bahasa Melayu
MENGGUNAKAN
CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN
Keselamatan
ICT sekolah
1.
Empat aspek
- Tanggungjawab
- Keselamatan
fizikal
- Keselamatan
sistem
- Keselamatan
data
Peranan
dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan kerajaan sebagai pegawai
maklumat karajaan.
Keselamatan
fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga
keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti gril,
kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api.
Keselamatan
sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian aplikasi
yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerohohan. Antara
tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah pemasangan perisian
antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada internet oleh
pengguna.
Keselamatan
data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan akses
maklumat, misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang boleh akses data pelajar
dalam pelayan, dokumen sulit yang disimpan dalam disket hanya boleh diakses
dengan kata laluan.
Penggunaan
cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran
bahasa Melayu.
AKTIVITI
|
JENIS
CAKERA
|
KESUSASTERAAN
|
· Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen
pendek.
|
TATABAHASA
|
· Cakera latihan tatabahasa
|
PENJAGAAN
CAKERA LIUT
- jangan
sentuh bahagian cekera yang terdedah
- jangan
letak benda berat di atasnya
- jauhi
daripada makanan, minuman, debu dan asap
- jauhi
daripada medan magnet
- jauhi
daripada kepanasan dan kesejukan yang ekstrim
- masukkan
disket dengan cermat ke dalam pemacu cakera
- selalu
simpan disket dalam kotak apabila tidak diguna
MINGGU 13
Mereka
Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan
Pengajaran Bahasa Melayu
Pengajaran Bahasa Melayu
Pengenalan
- Penggunaan animasi dalam sesuatu pengajaran mampu menarik minat pelajar. Penggunaan animasi ini berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik dan pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran yang guru ajarkan.
Animasi
- Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
Bentuk
Animasi
Dua Dimensi - 2D
Tiga Dimensi - 3D
Kesan Khas
Jenis-jenis
animasi
Animasi
Cel
i. Diperkenalkan oleh Disney di mana
menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka
frame
ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440
kerangka
iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang
digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan
dengan plastik
Animasi
Komputer
i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi
cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti
bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan
transparencies, inversion dan effect
Morphing
i. Kesan yang popular di mana satu imej akan
bertukar menjadi imej lain
ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun
objek yang bergerak
Format
penghasilan Animasi
- Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).
Mencari,
mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada
internet
Cara untuk memuat turun animasi
- Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah menggunakan sebuah software yang bernama Save Flahs. Dapat didownlaoad di http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save flash full".
- Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk.
Menggunakan
Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.
Power
Points
- Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua
iaitu:
(i) Picture, Clipart, Shape, Smart
Art, Chart
(ii) Transition dan Animation
(i) Animasi powerpoint yang pertama
merangkumi :
Lebih kepada persembahan
slide powerpoint sahaja.
( (ii) Animasi powerpoint yang kedua ini
merangkumi :
Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide
powerpoint
Subscribe to:
Posts (Atom)