Sunday 26 August 2012

MINGGU 1

 
  MINGGU 1

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
1.
Menggunakan web,video,audio dan imej
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain .

Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan . Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio,video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan  pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

 Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan  di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.

Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet
Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan  www.youtube.com.

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.Setelah mendapatkan video yang diperlukan, andaperlu memuat turun video tersebut denganmenggunakan youtube downloader. Youtube downloader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :
Taipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari.Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Websearch dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.

Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungiperkataan ´resepiµ + ´masakanµ. Ini menjadikan pilihan andamenjadi terlalu banyak.

Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakantanda ´ ´ seperti ´resepi masakanµ. Dengan berbuat begini,anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlumenyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasilpembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.

Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui RancanganTahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

PENYIMPANAN BAHAN
A) Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy .Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikutdiberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.

Menambah Nilai Buku
 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yangdisertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.


Katalog Alamat Internet

Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa
  
Tajuk
Seni Tenun Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.

Tajuk
Tatabahasa Kata Nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.

Sumber: 

No comments:

Post a Comment